Seorang usahawan yang juga dikenali ramai di media sosial dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa selepas menjalankan perniagaan makanan tanpa lesen menggunakan kenderaan mewah Toyota Vellfire di kawasan Ampang.

Berniaga Piza dari Vellfire Tanpa Lesen, Pempengaruh Kena Kompaun di Ampang

Difahamkan, individu tersebut menjual piza wagyu secara terbuka menggunakan kenderaan peribadi tanpa sebarang kelulusan rasmi, hingga menimbulkan gangguan kepada orang awam yang berada di kawasan sekitar.

Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menjalankan pemantauan kemudiannya mengeluarkan kompaun terhadap peniaga berkenaan bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan penduduk terpelihara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPAJ, pihak mereka tidak pernah menghalang inisiatif perniagaan kecil mahupun peniaga tempatan, namun sebarang bentuk jualan tetap perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Bagi menyelesaikan isu ini secara baik, MPAJ turut mengatur pertemuan bersama pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Kredit: Majoriti Official

 

 

 

 

 

[fbcomments]