Tular di laman media sosial apabila seekor beruang cuba untuk ‘mencuri’ kereta. Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan beruang ketakutan sejurus mendengar jeritan orang ramai.

https://web.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/558964171674116/

Video berdurasi kurang dari seminit itu berjaya mencuit hati netizen di seluruh negara. Mereka sempat merakamkan insiden tersebut daripada tempat yang tinggi iaitu lokasi mereka memerhatikan haiwan liar tersebut berjalan lalu menghampiri kereta terbabit.

Apa yang menghiburkan adalah aksi beruang tu berdiri di kedua belah kakinya beruang sambil memandang mereka. Sebaik beruang membuka pintu kereta, kedengaran jeritan sekuat hati dari orang ramai untuk menakutkan beruang tersebut supaya berlalu pergi. Walaupun dilihat agak kelakar, namun jeritan mereka berjaya membuatkan beruang tersebut berundur perlahan-lahan dan melarikan diri. Beruang pun dah keliru gamaknya.

[fbcomments]