Dah sebulan si Sajat ni diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun usahawan penuh kontroversi ini nampaknya masih lagi aktif di media sosial dipercayai membuat ‘live’ di akaun Instagram miliknya.

Malah, usahawan berusia 36 tahun tersebut turut menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan polis.

Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan)

Menerusi laporan sama, dia turut menafikan kononnya bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!

Selain itu, Sajat juga mendakwa pihak berkuasa tidak mencari dirinya selain yakin polis mempunyai kes atau urusan lebih penting berbanding dirinya.

Malah difahamkan ia adalah ‘live’ pertama Sajat sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya.

[fbcomments]