Sepasang suami isteri terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila mereka hampir ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa agama ketika bermalam di sebuah hotel baru-baru ini.

@thesamsfamily01

kene serbu dgn jabatan agama weiii hahahahha#jabatanagamaislam #muar #jdt #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Bilik Hotel Diserbu Pihak Berkuasa

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @thesamsfamily01 di laman TikTok, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Muar, Johor ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Menurut wanita itu, pada jam sekitar 9 malam mereka dikejutkan dengan bunyi loceng bilik dan menyangka ianya adalah dari pihak hotel kerana menyangkakan atas urusan berkaitan parkir.

“Suami tak ada dengan saya sebab tengah buang air besar dalam tandas. Tiba-tiba ada bunyi loceng. Saya nak tengok dari dalam melalui lubang (intai) pintu tapi tak ada. Saya nak pergi tengok siapa datang tapi baru tersedar saya tak pakai tudung. Saya ingatkan pihak pengurusan parkir sebab kami memang letak kereta tepi jalan. Suami saya tak sempat nak berak, dia keluar untuk buka pintu”, jelasnya menerusi video yang dimuat naik itu.

Sudah 18 Tahun Berkahwin Tapi Tiada Kad Perakuan Nikah

Kata si isteri itu lagi, mereka terkejut apabila individu yang tiba di bilik mereka memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor. Selepas pihak JAIS menunjukkan kad kuasa, mereka meminta izin untuk memeriksa bilik sambil mahu mengetahui status hubungan pasangan terbabit.

Namun pasangan tersebut dikatakan tidak pernah mempunyai kad perakuan nikah walaupun mereka sudah berkahwin selama 18 tahun.

“Kemudian mereka cakap nak tengok gambar kahwin dalam telefon. Saya jawab kami tak simpan gambar kahwin dalam telefon sebab dah lama sangat berumah tangga. Saya hubungi mak nak minta tolong ambilkan gambar sijil nikah, tapi baru terfikir mak pun tak reti nak buat. Jadi saya minta tolong adik yang tangkapkan gambar. Kelakar.. kelakar sangat”, ceritanya.

Setelah menunjukkan bukti tersebut, pasangan ini akhirnya menarik nafas lega apabila pihak JAIS percaya status hubungan mereka.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan kepada pihak berkuasa agar mereka adakan sistem yang lebih canggih untuk memeriksa stautus perkahwinan seseorang tanpa menyerbu bilik secara tiba-tiba. Ada juga segelintir mereka yang terhibur dengan situasi yang diceritakan wanita ini kerana tidak menyangka walaupun sudah berbelas tahun berkahwin, namun ada juga pihak yang tidak mempercayai status perkahwinan mereka.

Kredit: TikTok thesamsfamily01

[fbcomments]