Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya jika meletakkan daging beku diluar sebelum memasak adalah cara yang salah.
Menurut Public Health Malaysia cara tersebut boleh mengakibatkan bakteria pada daging berkenaan. Terutama jika di biarkan seharian melebihi 4 jam, kerana ia merupakan syurga buat kuman dan bakteria.
Cara yang paling terbaik adalah letakkan daging beku di ruangan peti sejuk yang bukan beku seharian atau lebih mudah, korang guna je ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum dimasak. Semoga bermanfaat!