Di Malaysi, jualan bubble tea mendapat tempat dihati rakyat negara ini. Pelbagai jenama dibawa masuk sesuai dengan citarasa serta permintaan penggemarnya.
Terbaru, pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan satu produk bubble tea yang disahkan tidak memiliki pengesahan halal dari mana-mana JAKIM atau pihak JAIN atau sijil halal luar negara yang diiktiraf.
Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.