fbpx

Sebelum ini seorang model terkenal iaitu Alicia Amin didakwa tidak bersetuju dengan pendapat netizen yang mahukan hukuman bunuh terhadap mana-mana individu yang ingin murtad. 

Malah, dia juga turut bersuara untuk melindungi Sajat selepas usahawan tersebut mencetuskan kontroversi berhubung ingin murtad baru-baru ini.

Ustaz Kazim pun tak setuju

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, Ustaz Kazim Elias memberi nasihat kepada masyarakat agar tidak menghukum dengan kata-kata yang kesat dan berbaur kecaman terhadap usahawan tersebut.

Menurut pendakwah tersebutm kelakuan netizen seperti memaki hamun, mencemuh termasuk mendoakan masuk neraka sangatlah keterlaluan. Tambah beliau, sebagai orang Islam yang bersaudara hendaklah perlu ada perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain dengan mendoakan yang baik-baik agar usahawan tersebut diberikan hidayah suatu hari nanti.

Bukanlah hak kita untuk menghukum orang kerana kita adalah dai (pendakwah) yang mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan dakwah. Tegurlah dia dengan berhikmah kerana kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti, hendaknya kita juga diberikan hidayah.

Lebih baik warga maya menggunakan saluran media sosial untuk perkara yang baik. Jangan pula nanti pihak-pihak lain menuduh Islam sebagai agama ganas dan tiada toleransi disebabkan tindakan sebegini.

Pada masa yang sama, Ustaz Kazim turut menasihatkan Sajat agar menghadapi kenyataan dengan hati yang terbuka dan perlu kembali kepada fitrah dirinya yang sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa.

Ustaz turut berkesempatan memohon agar Sajat segera bertaubat sementara masih ada kesempatan sebelum terlambat.

[fbcomments]