fbpx

Rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Noshahlina Abu mengakui agak terkilan dengan jawapan balas Rizman Ruzaini berhubung busana yang digayakan oleh pelakon, Natasha Hudson.

BACA : “Ini Bukan Pelancaran Kedai Mamak” – Jawapan Natasha Hudson Bila Dikecam Pakai Baju Tayang Bahu & Betis

Rizman tak patut hentam si pemakai

Noshahlina berpendapat sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular dan juga selaku pereka baju tersebut, dia seharusnya tidak patut melatah dengan menghentam balik si pemakainya.

Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson.

Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.

Macam hina sangat je

Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya.

Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara.

Tegas Noshahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat neutral.

Beli dengan duit bukan dengan air liur

Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.

Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right.

Terdahulu Rizman Ruzaini terkejut saat mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung sedangkan baju rekaannya itu memang direka khas buat wanita free hair. Namun kenyataan Rizman telah dikecam balik.

[fbcomments]