Sejak kebelakangan ini, isu Abang Tesla kian rancak dibicarakan oleh para isteri. Hal ini kerana ia melibatkan poligami yang diamalkan oleh Abang Tesla dan beliau telah mendapat kecaman hebat, hingga ke hari ini.

Caprice Dimarah Isteri Sebab Back Up Abang Tesla
Pempengaruh terkenal iaitu Caprice juga tidak terkecuali dalam isu Abang Tesla ini apabila beliau memuat naik video di laman Instagramnya dan beliau dimarahi oleh Farra Inalis, isterinya akibat dituduh ‘back up’ tindakan Abang Tesla yang berkahwin dua itu.
“Eh you jangan nak back up eh tajuk-tajuk macam ni. I tak suka. Lebih-lebih pula. Lelaki ni kalau cakap pasal poligami, ikut sunnah nabi tapi baca Al-Fatihah pun tak betul lagi. Lepastu asyik-asyik nak guna, beras kita beli. Dah tu siapa masak nasi tu? Beras tu boleh sumbat dalam perut? Kenyang ke?”, berang Farra kepada Caprice.

Suka Tengok Isteri Marah Cap Macam Ni
Video yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, mahupun rakan artis tempatan yang geli hati melihat gelagat Caprice dimarahi dan dibebel oleh isterinya.



Kredit: Instagram Capricedaddycap