Komunikasi antara guru dan ibu bapa kini semakin dipermudahkan kerana adanya group kelas yang dibuat di aplikasi Whatsapp bagi mengetahui sebarang infomasi yang akan disampaikan oleh guru-guru berkenaan. Namun, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kemudahan ini untuk mereka berselingkuh dan menjalinkan hubungan biarpun sudah bergelar suami atau isteri orang.
Bermula Dengan Mesej Tanya Pendapat, Lama-Lama Tertangkap Cinta
Menurut perkongsian yang didedahkan oleh Puan Sharifah Zahidah di laman Facebook, beliau menceritakan kisah benar tersebut secara umum. Difahamkan, seorang wanita yang merupakan seorang ibu kerap menghantar mesej kepada guru kelas anaknya untuk tujuan meminta pendapat serta berbincang. Namun lama-kelamaan, kedua-dua individu ini menjadi semakin akrab dan mula menjalinkan hubungan yang tidak sepatutnya kerana status kedua-dua mereka adalah sebagai suami dan isteri orang lain.
Jatuh Cinta Dengan Personaliti Manja Sebab Isteri Di Rumah Garang
Menurut hantaran yang dikongsikan itu lagi, mereka berdua sudah nekad bercerai bersama pasangan masing-masing.Walaupun bekas pasangan cukup baik melaksanakan tanggungjawab sepanjang mereka bersama, namun kini segalanya punah akibat hadirnya orang ketiga yang memberikan perhatian yang tidak sepatutnya kepada individu yang sudah berstatus.
Sudahlah Diri Tak Mampu Dan Dibantu Isteri
Bekas suami wanita tersebut kemudiannya bertemu dengan bekas isteri ustaz berkenaan. Apabila kebenaran terbongkar, ia mendapati bahawa sikap garang yang ditunjukkan adalah daripada kegagalan daripada suaminya sendiri yang memberi nafkah tidak mencukupi sehingga si isteri terpaksa melakukan banyak kerja untuk menampung hidup. Di saat perasaan isteri sendiri terabai dan tersakiti, si suami pula mengambil kesempatan untuk meluangkan masa dan mendengar luahan perempuan lain.
Di akhir kata, hanya kerana manja yang salah ditumpahkan, musnah rumahtangga yang cukup lama didirikan.
Kredit: Facebook Sharifah Zahidah