fbpx

Hubungan cinta yang tidak direstui keluarga seringkali membuatkan pasangan melakukan tindakan diluar jangkaan. Ada yang sanggup kahwin lari, bahkan ada juga yang sanggup bunuh diri bersama angkara janji ingin sehidup dan semati.

Kononnya nak bunuh diri tapi…

Melalui perkongsian di laman Facebook, terdapat sepasang kekasih di Vietnam dikatakan ingin membunuh diri gara-gara hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga mereka.

Tindakan yang diambil itu kononnya demi mempertahankan cinta yang telah dibina selama ini.

Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya…

Akhirnya kejadian yang berlaku ini telah menyebabkan si teman lelaki berkenaan mati akibat lemas, manakala gadis berkenaan masih bernafas dan ditenangkan oleh orang sekeliling.

[fbcomments]