Penghargaan diberikan netizen buat kakitangan perubatan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam mengambil risiko bagi merawat pesakit-pesakit warga China yang dikuarantin akibat wabak coronavirus.
Namun tidak lupa buat tukang cuci di hospital berkenaan yang melakukan tugasan lebih mencabar demi memastikan virus berbahaya itu tidak merebak kepada orang lain.
Menerusi laman Twitter, seorang pemuda Faris Mahadi memohon doa orang ramai agar bapanya yang bekerja sebagai tukang cuci dan kakitangan lain bebas daripada jangkitan virus tersebut.
Menerusi posting tersebut, beberapa keping gambar dikongsi kelihatan bapanya mengenakan pakaian pelindung penuh sambil membersihkan beberapa tempat yang digunakan oleh pesakit.
Ramai yang mendoakan
Rata-rata mengakui tugasan tersebut amat mencabar terutama bagi membersihkan tempat rawatan di hospital dan mendoakan agar bapanya dilindungi Allah SWT.