fbpx

Seperti yang sedia maklum, wabak pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ramai penduduk di dunia kehilangan nyawa. Lebih menyedihkan, jenazah si mati tidak boleh dibawa pulang dan di ziarahi oleh ahli keluarga buat kali terakhir.

Di New York, sejumlah 4,758 kematian telah  direkodkan dan menyebabkan bandar itu bergelut untuk mengendalikan jumlah mayat yang banyak.

Kematian lebih 500 sehari

Sehingga kini, jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat melebihi 3,485 kes, dan situasi pekerja kesihatan membawa mayat ke luar hospital adalah senario biasa.

Beberapa pemilik rumah mayat yang ditemubual AFP berkata, mereka bergelut dengan kematian akibat Covid-19 di New York yang lebih daripada 500 sehari.

Mayat dimasukkan ke trak sejuk beku

“Kebanyakan rumah pengebumian tidak mempunyai tempat penyejukan jika yang ada pun jumlahnya terhad,” kata Ken Brewster, pemilik rumah mayat Crowe di Queens.

“Hospital sedang menolak (kami). Mereka mahu keluarga mengambil (secepat mungkin) dan rumah pengebumian tidak mempunyai kemudahan untuk mengendalikan mayat ini,” katanya kepada AFP.

AFP melaporkan, sembilan mayat dilihat dimasukkan ke trak sejuk beku di luar Hospital Wyckoff di Brooklyn yang dikatakan dijadikan pusat penyimpanan sementara.

Dikebumikan di taman awam

Lebih malang lagi,mayat-mayat ini juga mungkin dikebumikan di taman awam New York.

“Mayat akan dikebumikan secara 10 keranda dalam satu baris. Ia akan dilakukan dengan cara yang bermaruah, teratur dan sementara,” tweet Mark Levine, seorang Ahli Majlis Manhattan.

[fbcomments]