fbpx

Baru-baru ini dua orang usahawan Aleeya Zailan dan Vivy Yusof, menjadi buah mulut orang ramai, gara-gara muat naik dan komen berkaitan bantuan kerajaan terhadap golongan B40 di laman Instagram.

Gara-gara komennya berkenaan golong B40, Vivy Yusof terus mendapat kecaman daripada netizen, sebelum memutuskan untuk memohon maaf dan memadamkan komen tersebut.

“Hampa ni pasal apa buta perut…”

Perkara ini turut mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Dato Rizalman, apabila dia di dalam live di IG telah menyelar beberapa pandangan golongan usahawan berpendapatan tinggi ini.

Beliau berpendapat bahawa golongan yang berpendapatan tinggi tidak sepatutnya mempertikaikan bantuan yang diterima rakyat B40.

Posted by Emma Googosha on Ahad, 29 Mac 2020

Ini kerana, pereka fesyen tersebut percaya bantuan tersebut sememangnya bahagian yang telah diperuntukan untuk golongan berpendapatan rendah.

Meskipun di dalam live itu, Rizalman tidak menyebut secara spesifik usahawan berpendapatan tinggi yang dimaksudkan, namun rata-rata netizen bagai sudah dapat mengagak siapakah gerangannya.

[fbcomments]