Pelakon terkenal Malaysia, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bengang apabila bekas menantu kepada aktor Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih lagi menyebarkan dan menjaja kisah diri Puteri Sarah di media sosial.

Tindakan tersebut telah membuatkan Puteri Sarah berasa aneh meskipun beliau sudah menarik balik saman yang dikenakan terhadap mereka sebelum ini.

“Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak”

Berdasarkan tangkap layar diatas, Puteri Sarah memuatnaik di IG Story berkenaan isu terbabit dan mengumumkan secara umum bahawa kali ini tiada belas kasihan dan jumpa di mahkamah untuk meneruskan kes saman.

“Saya sudah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi masih tidak. Masih nak menjaja cerita tak tahu nak publisiti ke apa. Sekarang saya tiada lagi belas kasihan, jumpa anda di mahkamah terus”, jelasnya.

Kenyataan Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Dimuat Naik untuk ‘Close Friend’ Di Instagram

Wiwie dalam satu hantaran yang dimuat naik hanya untuk ‘Close Friend’ di Instagram menyatakan bahawa beliau merasa ada sesuatu yang mencurigakan apabila pihak sebelah sana menghantar surat injuksi kepadanya.

“Masa itu terus aku rasa lagi fishy sebab sana bagi surat injuksi kat aku. Injuksi tu maksudnya tak boleh bersuara, tak boleh muat naik apa apa pasal dia. Sedangkan story aku lebih kepada bercakap mengenai ayah dan ajak netizen buat baik. Start dah meluat masa ni. You ni jenis tak boleh orang lain baik ke? Kena you je baik dan orang lain jahat tak betul. Haa faham tak?” tulis Wiwie.

Puteri Sarah Dan Syamsul Sudah Bahagia Dengan Kehidupan Sendiri

“Saya dan Syamsul dah elok dah dan kami bahagia dengan kehidupan masing-masing. Kau entah dari mana cakap buruk tentang saya dan meroyan dekat close friend kau? Saya akan membuat laporan kepada bos AIA Malaysia. Awak patut malu dengan diri sendiri.. attention seeker!”, ujar Puteri Sarah di ayat terakhir.

Info tambahan, pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah telah memfailkan saman terhadap Ira Kazar atas dakwaan mengganggu rumah tangganya, selain dua ahli keluarga Ira turut disaman iaitu kakaknya Yasmin dan bapanya Kazar.

Walau bagaimanapun, pada Julai yang lalu, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff iaitu peguam bela Puteri Sarah mengesahkan kes saman terhadap kesemua keluarga Kazar itu telah diselesaikan dengan cara baik dan damai di luar mahkamah.

Kredit: Instagram puterisarahliyana, Harian Metro

[fbcomments]