fbpx

Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.

Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau akibat dendam dan iri hati.

Tahun 1996:

Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. MasyaAllah.. darah membuak keluar.

Di hospital doktor kata saya terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris.

Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.

“Padan muka kau, ceramah mengata pada orang, padan muka kau”

Semakin hari badan semakin melemah, kuku menjadi hitam, semua kuku pada jari jemari. Bila balik ke kampung dibawa berjumpa ustaz yang lain, mereka kata kena ini terkena santau. Sebulan tak boleh bercakap, tidak mengenali orang. Badan jadi kurus kering, batuk berdarah tidak berhenti. Hanya teruskan berusaha untuk berubat dan berserah pada takdir.

Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau. Beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya.

Tahun 1997:

Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.

Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah.

Tahun 1998:

Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah. Dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya “kenapa?”

Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”

Saya tanya “kenapa buat dekat saya macam ni?”

Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yang tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dengan kata-kata ustaz”

Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati”

Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”

Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat orang, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Tahun 2001:

Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya.

Ini pesan Dato’ Ismail kamus

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”

Temui bangkai anjing dalam rumah

Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah.

Tahun 2020

Kini tahun 2020, daripada 6 orang yang terlibat, 4 orang sudahpun meninggal dunia, hanya tinggal 2 orang yang masih hidup.

Kesan daripada santau, perut ustaz juga menjadi tidak normal, kadang-kadang kembung, kadang-kadang kempis. Hingga perlu ditungku selalu dan makan juga perlu berpantang.

Walau bagaimanapun, beliau sempat berkongsi sedikit ilmu sebagai pendinding diri:

Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).

1. Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal…’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129 ‘Laqadjaakum…’

InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir.

[fbcomments]