fbpx

Dato’ Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV mengakui pernah mempunyai niat melakukan pembedahan potong usus (bariatrik).

Dato’ Seri Vida berkata kepada mStar, dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM 33,000 bagi melakukan pembedahan tersebut enam tahun lalu.

Namun, usahawan sensasi tersebut membatalkan niatnya pada saat akhir kerana berasa takut untuk meneruskan perkara tersebut.

“Ketika itu saya merupakan penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus dan cantik hingga saya mahu melakukan pembedahan potong usus.”

Kredit: Gempak

Syukur Allah masih sayang.

“Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Doktor juga ada maklumkan yang saya tidak perlu sampai lakukan pembedahan begitu.”

Vida mengakui dia terpengaruh dengan rakan dan ada perasaan ingin mencuba.

“Sebelum ini saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba,”katanya kepada mStar.

Jelasnya lagi, dia mengambil keputusan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengambil produk keluarannya dalam usaha menguruskan badan.

“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan bariatrik, teruskanlah. Cuma tidak bagi saya kerana melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.”

Vida juga memberi teguran kepada pengusaha produk pelangsingan sepertinya yang menggunakan kaedah pembedahan sebagai cara mengaburi mata pengguna.

“Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna,” ujarnya.

Menurut Dr Zubaidah Nor Hanipah,Pakar Perunding Pembedahan Bariatrik dan Metabolik,HPUPM dalam kenyataannya di Harian Metro tahun lalu, pembedahan bariatrik merupakan satu kaedah pembedahan untuk mengurangkan berat badan dengan cara melakukan perubahan dalam sistem pemakanan termasuk perut atau usus kecil.

[fbcomments]