fbpx

Rasa sebak dan marah apabila kami membaca kisah yang dikongsi oleh wanita ini di Facebooknya dimana seorang lelaki tua yang ditinggalkan oleh anaknya sendiri di bawah terik matahari.

Menurut cerita tersebut, anak lelaki tua itu sengaja meninggalkan ayahnya tanpa sebarang dokumen dan hanya berbekalkan duit RM1. Betul ke ni?

Kena tinggal

Kejadian ni berlaku pada 8 Januari 2020 di Jitra, Kedah.

Menurut NorShuhada Shuib pada jam lebih kurang 4:30 petang, ada sebuah kereta wira/waja berwarna kelabu telah meninggalkan lelaki tua ni di depan rumahnya yang terletak di Kg Cherok Mokkan, sekitar Napoh, Jitra Kedah.

Apa yang menyedihkan lagi ialah, keadaan lelaki tua ini dalam keadaan seperti strok dan jalan menggunakan tongkat.

kakak yang berniaga depan rumah menjadi saksi uncle ni ditinggalkan. Uncle tu ke hulu ke hilir cari anak dia..dia jumpa kak, dan tanya, ada jumpa kereta tadi tak? Kak cakap kereta tu dah pergi uncle..uncle tu tanya lagi mana dia pergi? uncle tu cakap tu anak dia.

Lelaki tua ini pun, terus berjalan lagi mencari anaknya…

Berbekalkan RM1 dan kerepek

kak panggil aku dalam rumah, cakap ada orang tua kena tinggal..

Saya start kereta pergi cari dalam 200 meter juga dia jalan..saya berhenti tanya nama apa semua..tinggal mana semua tak ingat..kad pengenalan xda,anak simpan..

Dalam kocek ada rm1..pastu pegang plastik kerepek..😭

Aku bawak naik kereta singgah beli air..dahaga kot penat jalan..😢

Dibawa ke balai polis

Jelas NurShuhada lagi, dia pun akhirnya membuat keputusan untuk membawa lelaki tua ni ke Balai Polis Jitra @IPD Kubang Pasu.

Kalau ada sapa2 kenal dan ada maklumat tentang waris uncle ni boleh hubungi balai polis jitra na.. dia tak ingat apa2 jadi susah sikit nak tau maklumat pasal keluarga dia..no plate kereta pun kak xdan nak ambik.

Uncle ni habaq dia mai dari penang..jalan kaki nak balik penang lepas kena tinggal..cerita sebenarnya tak tahu la..semoga dipermudahkan urusan uncle.

Uncle ni bukan melayu..sama ada cina atau siam gitu la..

Kami pun tak pasti kesahihan kisah ini, namun walau bagaimanapun kami harap semoga semuanya baik-baik sahaja.

Share agar waris lelaki tua ini dapat menjumpainya dengan segera. Allahu…

[fbcomments]