Selepas seminggu peemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey, pelbagai kisah kebaikan dan keluhuran hati arwah yang diceritakan.
Baik cerita dari ahli keluarga terdekat, sahabat karib, sehinggalah individu yang tidak dikenali langsung datang bercerita tentang perkara kebajikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya.
Perkongsian terbaru dari sahabat baiknya iaitu Fad mendedahkan bahawa kebaikan dan keikhlasan hati arwh Abam adalah sangat luar biasa.
Dia banyak bantu ketika saya tiada apa-apa
Menurut Fad, sewaktu beliau bersama-sama arwah baru menyertai pertandingan dan bukan siapa-siapa dalam industri hiburan, arwah lah yang banyak membantu.

“Dialah yang bawak saya duduk rumah dia, ketika saya tiada apa-apa. Lepas menyertai pertandingan “Bintang Mencari Bintang”, saya duduk rumah dia selama tiga bulan tanpa dia berkira apa pun.
“Walhal dalam rumah tu ada mak dia, ada adik-beradik dia. Tapi dia kata takpe ‘kau duduk je dengan aku sementara tunggu stabil’ kata arwah Abam.
“Waktu itu saya dengan tiada kereta apa semua, dia yang banyak bantu. Dan saya teringat lah kenangan..”
Banyak beri motivasi
Menurut Fad, arwah juga banyak beri nasihat dan motivasi supaya sentiasa berkongsi rezeki.
“Bila dia pergi dengan macam ni, itulah Allah dah buka satu persatu kebaikan dia, apa yang dia dah buat yang kami sendiri pun tak tahu ( arwah ni rajin bersedekah).

“Saya akan ingat insan bernama Syed Umar Mokhtar sampai akhir hayat saya nanti.”
Hati ini hanya rindu
“Terima kasih untuk semua kenangan dan memori, satu hari aku akan menyusul, selamat jalan… Al Fatihah”
Fad turut akui yang dia merindui arwah.

“Bukan kerana diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu,”