Suratan atau kebetulan? Sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1981 telah meramal wabak penyakit baru akan dihadapi dunia pada tahun 2020.
Baru-baru ini, satu posting artikel tentang sebuah buku yang bertajuk The Eyes of Darkness yang mengisahkan tentang makmal ketenteraan Cina mencipta virus sebagai program senjata biologi.
Dalam buku tersebut telah menyatakan mengenai satu virus yang dikenali sebagai Wuhan-400 yang menunjukkan Covid-19 virus yang datang dari Wuhan, China.
Penulis Amerika, Dean Koontz menulis tentang seorang ibu Christina Evans yang merantau untuk mencari anaknya Danny sama ada masih hidup atau tidak ketika perkhemahan.
Dia kemudian dapat menjejak anaknya di tempat ketenteraan dimana dia ‘disimpan’ setelah tidak sengaja berjangkit dengan mikro organisma buatan manusia yang dihasilkan di pusat penyelidikan Wuhan.
Pusat penyelidikan yang ditulis di dalam buku boleh merujuk kepada Institusi Virologi Wuhan, makmal biosafety Cina yang terletak di tingkat empat.
Ia mempunyai makmal klasifikasi kedudukan tertinggi yang menyelidik virus dan terletak 32 km dari tempat dimana Covid-19 mula tersebar.
Bukan sahaja Dean Koontz yang meramal wabak Covid-19 namun Sylvia Brown, penulis Amerika turut menerbitkan buku pada tahun 2008 yang bertajuk End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World.
Buku itu mengisahkan tentang penyakit yang berkaitan dengan pernafasan yang akan merebak di seluruh dunia malah menyatakan mengenai tahun 2020.