Tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai majlis resepsi anak perempuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya.
Berikutan itu, terdapat segelintir individu mempertikaikan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.
Netizen turut mempersoalkan dengan memaparkan gambar Dr Noor Hisham sekeluarga di atas pelamin.
“Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya,” soal lelaki tersebut.
Bagaimanpun, Dr Noor Hisham menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan acara perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan tiada orang luar yang menjadi tetamu majlis.
Malah Personaliti TV, Fedtri Yahya yang menjadi pengacara majlis tersebut turut menjelaskan bahawa kenduri itu hanya dihadiri kaum kerabat dengan menjaga SOP sebaiknya.
“Semua anak menantu & cucu dia. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga.”- Fedtri Yahya.