Pempengaruh media sosial, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, 40, kini sah bergelar isteri kepada lelaki warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Choi Amin.

Kim Seri Sah Bernikah Dengan Lelaki Korea Selatan, Pilih Majlis Sederhana Penuh Makna

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Kim Seri menerusi satu hantaran di Instagram, memaparkan foto pasangan tersebut selepas selamat melangsungkan akad nikah. Dalam gambar berkenaan, kedua-duanya kelihatan tenang dan berseri sambil saling menggenggam tangan, manakala Kim Seri memegang jambangan bunga menambahkan lagi momen romantik majlis berkenaan.

Menerusi kapsyen ringkas yang disertakan, Kim Seri meluahkan rasa syukur atas ikatan yang terbina serta memohon agar rumah tangga mereka sentiasa dirahmati Ilahi.

Pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan secara sederhana, namun penuh bermakna. Dalam perkongsian lanjut, Kim Seri turut menzahirkan rasa syukur atas perjalanan hidup baharunya, sambil memohon doa agar dikurniakan rezeki melimpah ruah untuk melunaskan komitmen kewangan yang masih berbaki.

Sebelum ini, Kim Seri pernah dikaitkan dengan spekulasi kononnya beliau bercerai demi mendirikan rumah tangga bersama lelaki Korea Selatan tersebut. Bagaimanapun, beliau tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa perkenalan dengan suaminya berlaku selepas beberapa bulan berpisah dengan bekas suami.

Kredit: Instagram kimseri_eina

 

 

[fbcomments]