Pempengaruh popular, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian menjelang Ramadan tahun ini dengan tawaran kandungan yang lebih menarik dan pelbagai. Tidak hanya meneruskan tradisi perkongsian resipi, beliau tampil dengan 60 resipi sepanjang bulan puasa iaitu jumlah yang menggandakan usaha tahun-tahun sebelumnya.
@khairulaming Hey what’s up guyssss. Weekend ni kita akan start berpuasa dan tahun ni KA sediakan 30 Hari 60 Resipi, Livestream Bazar Ramadan dan 8 episod Oman travel series. Selamat datang ke tahun ke-lapan 🌙
Khairul Aming Hadir Dengan 60 Resipi Ramadan, Siaran Langsung Bazar Serta Pengembaraan Ke Oman Semasa Bulan Puasa Nanti
Melalui video teaser yang dikongsikan di media sosial, Khairul Aming memaklumkan bahawa selain daripada resipi harian, para pengikutnya juga boleh menantikan siaran langsung dari beberapa bazar Ramadan serta sebuah siri pengembaraan khas ke Oman yang akan ditayangkan dalam lapan episod.
“Hey what’s up guyssss. Weekend ni kita akan start berpuasa dan tahun ni KA sediakan 30 Hari 60 Resipi, Livestream Bazar Ramadan dan 8 episod Oman travel series,” tulisnya.
Menurutnya, persiapan untuk menghasilkan kandungan Ramadan kali ini telah bermula lebih awal, dengan penggambaran dilakukan sejak dua bulan lalu bagi memastikan setiap video yang bakal dikongsikan teratur dan berkualiti.
Perkongsian ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang teruja menantikan kandungan-kandungan baharu tersebut. Malah, ramai yang memuji inisiatif siaran langsung bazar kerana dilihat sebagai satu platform yang dapat membantu peniaga kecil mendapat lebih pendedahan.
Dalam perkembangan lain, Khairul Aming baru sahaja menerima pengiktirafan sebagai Digital Content Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung pada 23 Februari lalu.
Kredit: TikTok khairulaming