Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan telah melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki yang merupakan warga tempatan itu didapati telah ke luar negara sejak 21 Jan lalu, hasil semakan terhadap dokumen perjalanannya.

Dia dah keluar Malaysia

Huzir berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol dan akan mengeluarkan notis merah sekiranya suspek dikesan di mana-mana negara.

Dia (editor) telah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ telah menyenaraikannya sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan…

Menghina jata negara

Buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia yang disunting penulis, Kean Wong itu mendapat perhatian kerana menggunakan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara.

[fbcomments]