Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira memaklumkan dia tidak mahu campur tangan status rumah tangga bekas suaminya iaitu Engku Emran dan Noor Nabila.
Fazira Wan Chek, 49 atau lebih dikenali sebagai Erra berkata selain tiada kena mengena dengan pasangan itu, dia juga menghormati kehidupan Emran dan hanya berhubung mengenai anak mereka sahaja iaitu Engku Aleesya.
“Saya tidak masuk campur urusan bekas suami walaupun kami ada anak bersama, saya hormati kehidupan dia”
“Saya tak pernah nak bertanya dia sama ada mempunyai masalah ke apa? Komunikasi kami hanya berkaitan anak,” katanya sewaktu ditemubual mStar.
Bimbang akan emosi anak
Sementara itu, Erra turut berkongsi kebimbangannya terhadap puterinya iaitu Engku Aleesya sekiranya dia terganggu dengan berita kurang enak tentang bapanya. Namun, Erra sentiasa mengingatkan Aleesya akan kasih sayang diterima daripada ibu bapa meskipun mereka sudah berpisah.
“Saya selalu kata padanya, dia kaya dengan kasih sayang walau apa pun terjadi. Ibu atau ayah beri kasih sayang yang cukup.”
“Saya hormati anak saya dan tidak mahu emosinya terganggu. Saya buat macam biasa sahaja. Tapi kalau dia nak berkongsi, saya akan jadi pendengar setia,”tambahnya.
Erra berkata dia hanya mengetahui kemelut rumah tangga bekas suaminya itu melalui laporan media namun tidak pernah bersangka buruk tentang Emran.
Tiada siapa mahukan penceraian
Erra juga percaya tiada pasangan yang mahu bercerai tapi kalau terjadi mungkin ada masalah yang tidak dapat dibendung lagi.
“Walaupun kami pernah hidup bersama, saya tidak pernah menilai dia. Dah takdir dia begitu,“katanya.
Terdahulu, konflik rumah tangga Engku Emran dan Noor Nabila menjadi perhatian apabila mereka dikatakan tidak tinggal sebumbung lagi dan sedang dalam proses penceraian.
Sumber: mStar