Pengarah sensasi Syamsul Yusof mendedahkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil. Ini susulan tindakan Farid berkongsi hantaran di Instagram (IG) mengenai isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepada Syamsul.

Syamsul berkata dia tidak mahu dianggap ‘pondan’ apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan dalam media sosial seperti yang dilakukan Farid.

Takkan Nak Bertepuk Tampar?

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” tambahnya lagi.

Pengarah berusia 39 tahun itu juga memaklumkan dia tidak lagi aktif dalam media sosial, namun mengetahui hal tersebut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.

“Saya malas nak main media sosial. Kita dah tua, nak cari rezeki. Masa muda-muda dulu okeylah kot. Sekarang hal yang remeh-temeh, saya malas nak layan sebab tidak mahu bergaduh.

“Tapi saya anggap ini ujian untuk menjadikan saya semakin matang. Bayangkan daripada berkawan (dengan Farid), tiba-tiba timbul cerita begini. Kau dah kenapa?” katanya selepas ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam selepas memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Sebelum ini, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana (dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle) namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.

Sumber: Kosmo! Online

[fbcomments]