Penyani Fyna Jebat mendedahkan mahu berdamai dan enggan terus mengeruhkan keadaan dengan madunya iaitu Datin Zalina Zaini selepas hangat kontroversi pergaduhan mereka sebelum ini.
Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30 berkata hubungan tegang mereka sebelum ini semakin baik dan memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya dan suami, Datuk Zainal Abidin.
“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.”
“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami.”
Fyna berkata demikian sewaktu majlis pelancaran produk Eodos Serum di Hotel Tenera Bangi, Selangor, pada Jumaat lalu/
Sibuk dengan kerja

Fyna juga berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu, namun terhalang disebabkan kekangan masa.
“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat.
Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen.”
Pada 23 Januari lalu, Fyna dan Zalina menjadi bualan hangat selepas berlaku insiden pergaduhan antara mereka di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.
Akibat pertengkaran tersebut, kedua-dua pihak dilaporkan membuat laporan polis. Bagaimanapun, selepas dua minggu, polis mengesahkan Fyna dan Zalina menarik semula laporan yang dibuat mereka.
Fyna mengesahkan sudah bergelar isteri kepada jurulatih itu pada 9 januari lalu
Sekadar info, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: OhBulan!