fbpx

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor mengesahkan kehadiran seekor gajah di kawasan kedai menjual buah-buahan di Batu 6, Jalan Kota Tinggi-Mersing (berhampiran dengan Pejabat Renjer Hutan Kota Tinggi) malam kelmarin.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata, gajah tersebut dipercayai dari ID Panti dan kesan gajah juga dilihat menghala ke arah Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang terletak di kawasan berhampiran.

Hati-hati memandu di jalan gelap

Walau bagaimanapun papan amaran lintasan hidupan liar (gajah dan tapir) ada dipasang di lokasi berhampiran bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya tentang kehadiran hidupan liar.

Pengguna jalan raya juga dinasihati untuk meningkatkan kewaspadaan semasa memandu terutamanya di kawasan yang gelap atau tiada pencahayaan lampu jalan bagi mengurangkan risiko kemalangan membabitkan hidupan liar terutamanya gajah.

Jangan lakukan tindakan provokasi

Pihak PERHILITAN turut nasihatkan agar tiada tindakan provokasi dilakukan ke atas gajah terbabit kerana ia mengundang bahaya.

Orang awam diminta buat laporan segera kepada pihak PERHILITAN jika ada berlaku kes sebegini lagi untuk tindakan susulan.

[fbcomments]