Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Mimi Mohd, 54, mendedahkan bahawa dirinya telah dicerai suami selepas melakukan pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat.
![]()
Suami Tak Beri Buang Payudara Sebelah
Menurut laporan Harian Metro, difahamkan payudara sebelah Mimi perlu dibuang bagi mengelakkan kanser merebak dan ia adalah atas nasihat doktor. Namun, suami Mimi tidak membenarkan beliau berbuat demikian walaupun mengetahui ia akan lebih mengancam nyawa isterinya itu.
“Namun, dalam masa sama suaminya (bekas) tidak mahu dia membuang payudara yang mempunyai sel kanser itu. Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting”, katanya.
Tak Puas Hati Dengan Keputusan Dibuat, Suami Ceraikan Mimi
Akibat tindakan tersebut, suami mimi didakwa berang dengan keputusan yang dibuat lalu membuat tuntutan untuk menceraikannya. Mimi memaklumkan beliau terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana tidak boleh menerima cadangann suaminya pada ketika itu yang memintanya untuk berubat secara tradisional.
“Sebelum lafaz cerai, dia (suami) pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja. Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pelbagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi,” luahnya lagi.
Mimi turut mendedahkan bahawa suaminya itu langsung tidak memberi semangat untuknya bertarung nyawa melawan kanser. Walaupun begitu, kini beliau tenang tinggal bersama anak keduanya selepas diceraikan, dan tiga anaknya lagi tidak menyangka bapa mereka sanggup berbuat demikian angkara sebelah payudara dibuang akibat kanser.
Kredit: Harian Metro