Macam yang semua tahu, sekarang ni semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan PKPB  yang berlangsung di beberapa negeri.


Jika nak rentas negeri hanya boleh dilakukan jika mempunyai alasan kukuh dan juga surat kebenaran merentas negeri yang diperoleh daripada pihak berkuasa.

Namun apa yang menjadi hangat sekarang ini ialah terdapat seorang pengguna telah menyuarakan rasa ‘aneh’ apabila sekumpulan influencer ataupun selebriti media sosial telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka di Kelantan.

Malah netizen siap memuat naik beberapa tangkapan skrin yang menunjukkan selebriti media sosial ini bergambar dengan pengantin tersebut.


Bukan hanya disitu sahaja, malah dia siap muat naik dorang ke pantai !

Ternyata perkara ini membuatkan ramai netizen berasa bengang dan ada juga yang turut mengaitkan insiden beberapa minggu lepas dimana terdapat individu yang tidak dapat menziarahi rakannya yang meninggal dunia  hanya kerana kekangan merentas negeri ketika itu.

Warganet juga tertanya-tanya bagaimana cara mereka  semua dapat meneruskan perjalanan ke Kelantan sedangkan ramai lagi yang terkandas tidak boleh pulang ke kampung kerana mematuhi arahan kerajaan berhubung aktiviti merentas negeri.

[fbcomments]