fbpx

Ketika negara dilanda lonjakan mendadak kes Covid-19, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyindir tindakan ahli politik yang disifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri demi kepentingan politik sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat.

Nyawa rakyat jadi taruhan

Dalam hantaran Facebooknya, beliau berkata ketika ini ahli-ahli politik sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.

Bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh, nyawa rakyat pun mereka sanggup bertaruh.

Bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai, nyawa rakyat pun mereka gadai.

Bagi membuktikan keluhuran untuk politik mereka kekal megah, nyawa rakyat pun mereka jual dengan murah.

Semua parti sama sahaja pentingkan diri

Kenyataan Mufti Perlis itu dipercayai merujuk kepada lonjakan kes koronavirus (Covid-19) dan perkembangan politik semasa ketika negara masih berdepan ancaman pandemik itu.

Benar, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka. Sekalipun memusnahkan diri orang lain…apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama.

Sikap kebanyakan mereka hampir sama.

[fbcomments]