Usahawan dan personaliti media sosial, Kieda Crepe tampil memberikan penjelasan berhubung isu harga Tiramisu jualannya yang didakwa terlalu mahal sehingga mencecah RM40 sebekas.
@
Video di bawah:
https://www.tiktok.com/@kiedacrepetour/video/7502849886958783751
Isu Tiramisu RM40: Kieda Crepe Jelaskan Harga Berpunca Daripada Bahan Premium dan Kos Tenaga Kerja
Menurut Kieda, harga tersebut ditetapkan berdasarkan penggunaan bahan premium serta peningkatan kos tenaga kerja dalam proses penyediaan setiap produk yang dijual di premisnya.
“Ni ke yang orang cakap mahal sebekas RM40? Kalau dengar nama Tiramisu ni, Kieda rasa semua boleh fikir nak buat ni pakai macropone (mascarpone), pakai biskut panjang-panjang Bonomi yang orang kata mahal tu. Kopi pula Kieda pakai Kopi Davis Corn dan semua barang ni mahal. Kita pakai krim Anchor, putar pakai tenaga,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa selain kos bahan mentah, aspek tenaga kerja turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada harga jualan. Proses penyediaan yang memerlukan kemahiran serta dilakukan secara manual memerlukan lebih masa dan tenaga.
![]()
“Sebenarnya yang buat mahal bukan sebab barang sahaja tapi kerana tenaga manusia yang kita guna dan cara nak buat Tiramisu ni yang sangat susah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kieda turut memohon maaf sekiranya harga jualan produk tersebut dianggap terlalu tinggi oleh sebahagian pelanggan, namun menegaskan bahawa setiap bahan yang digunakan adalah setaraf dengan bakeri lain yang turut menawarkan kualiti premium.
“Kalau mahal Kieda minta maaf, tapi barang Kieda pakai semua yang premium, sama macam baker lain. Kalau kata mahal, memang Kieda minta maaf tapi kalau nak makan puas, beli yang ni dan paling penting tak perlu support vendor, ujarnya.
![]()
Sebelum ini, Kieda pernah menjadi tumpuan selepas berlaku isu melibatkan seorang pelanggan yang membuat reviu jujur terhadap produknya. Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan secara baik tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Kini, penjelasan terbaharunya berkenaan isu harga Tiramisu RM40 kembali mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang mempertikaikan harga tersebut, namun tidak kurang juga yang mempertahankannya atas dasar penggunaan bahan berkualiti tinggi serta usaha di sebalik setiap penyediaan produk.
Kredit: TikTok kiedacrepetour