Baru-baru ini tular mengenai gossip yang mendakwa pelakon Hafidz Rosli bakal mendirikan rumah tangga keduanya pada Sabtu ini bersama bekas kekasihnya. Disebabkan hal ini telah meraih perhatian media, Hafidz tampil menjawab desas desus yang hangat diperkatakan.
![]()
Bakal Maklumkan Kepada Umum Bila Dah Sedia
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan soal perkahwinanya bersama Athira Yuhada apabila mereka sudah bersedia dan tiba waktu yang sesuai.
“Tunggu sahaja nanti. Saya akan kongsikan kepada semua”, katanya ketika dihubungi media.
Khabar angin tentang perkahwinan mereka mula timbul apabila tular sebuah kad undangan majlis perkahwinan Hafidz dan Athira yang dikatakan bakal berlangsung pada 16 Disember ini. Menerusi undangan tersebut, ia dapat dilihat nama penuh Hafidz dan Athira beserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.
![]()
Shuhada Selaku Bekas Isteri Tak Mahu Ambil Tahu
Menurut laporan dari Hibglam pula, bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dipanggil sebagai Shu memaklumkan bahawa dirinya kini sibuk menguruskan hal anak-anak dan keluarga sehingga tidak tahu tentang khabar angin yang hangat dikatakan sekarang berkaitan bekas suaminya itu.
“Saya tidak tahu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah. Saya sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak. Apa pun,saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah,” jelasnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shu pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Namun, pada 26 Julai 2023, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam disebabkan kontroversi adanya orang ketiga dan dakwaan mencederakan isteri awal tahun ini.
Kredit: Mstar, Hibglam