Menjelang tahun baru ini, sudah tentu kita telah memasang azam untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada yang mahu turunkan berat badan, tingkatkan prestasi kerja, mahu mengumpul duit dan lain-lain.
Bagaimana nak pastikan azam ini bukanlah ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja?
Jom, kami kongsikan 5 tips glow up tahun 2023 ini, sekaligus dapat mencapai azam-azam yang telah korang tetapkan tu.
Berfikiran positif dan Bersyukur
Untuk berubah, semuanya bermula dari fikiran kita. Sikap yang pesimis dan negatif hanya menurunkan motivasi diri. Elakkan terlalu overthink dan berfikiran buruk kerana kebanyakan masa, perkara yang kita jangka sukar dan mustahil itu sebenarnya lebih mudah dari jangkaan kita.
Selain itu, sentiasa tanamkan sifat bersyukur dalam diri. Jangan terlalu mengejar kemewahan dan perkara yang sia-sia. Lebih elok sekiranya kita sediakan sebuah diari dan tulis satu perkara yang kita syukuri setiap hari. Ini akan melatih minda kita untuk sentiasa berasa cukup. Sudah tentu hati kita akan lebih bahagia dan hidup akan lebih tenang.
Buku yang anda gunakan bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda mahu lebih kreatif dalam menulis diari, boleh cuba tips bullet journal untuk pemula ini.
Bersihkan Rumah dan Buang Barang yang Tak Diperlukan
Suasana yang bersih akan membuat kita lebih tenang dan gembira. Jadi, pastikan rumah kita berada dalam keadaan bersih. Buat rutin pembersihan harian, mingguan dan bulanan. Tidaklah kita berasa terlalu penat untuk mengemas nanti. Selain itu, buang juga barang-barang yang tidak digunakan. Anda boleh prelove barangan ini atau sedekahkan kepada rakan-rakan yang mahu. Tidak perlu semakkan rumah. Simpan hanya yang perlu saja. Selain itu anda juga boleh kitar semula barangan yang tidak diperlukan. Boleh lihat cara kitar semula yang betul di sini.
Jangan risau jika anda tidak tahu bagaimana untuk prelove, di mana nak sedekahkan barangan atau kitar semula. Ini list laman web yang anda boleh gunakan:
- Prelove
- Donation/Sedekah
- The Salvation Army (Anda boleh whatsapp atau buat online booking)
- CRC Box
Pentingkan Kesihatan Diri
Untuk meningkatkan kualiti hidup, penting untuk kita menjaga kesihatan diri. Antaranya ialah dengan minum air secukupnya, sentiasa bergerak aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang. Kurangkan juga screen time dan masa menyemak media sosial. Daripada duduk menghadap telefon atau televisyen sahaja, adalah lebih baik jika kita berjalan di luar selama sekurang-kurangnya 10 minit. Ini bukan saja dapat meningkatkan jangka hayat seseorang tetapi memberi kualiti tidur yang lebih baik di malam hari.
Jangan lupa untuk buat saringan kesihatan tahunan supaya sebarang masalah kesihatan dapat dikesan dari awal. Ingat! Penyakit boleh berlaku tidak kira umur, pada yang tua mahupun muda. Jika anda berasa tidak sihat seperti demam, batuk atau selsema, cepat-cepat ambil ubatan yang disarankan doktor.
Lebih-lebih lagi pada musim influenza ini,ramai yang terkena batuk dan selsema. Jadi sentiasa sediakan ubat yang bersesuaian untuk digunakan. Antaranya ialah Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak atau Nin Jiom Pei Pa Koa. Selain bagus untuk batuk dan sakit tekak, anda juga boleh gunakan ubat batuk ini untuk mengelakkan kepanasan badan. Jika anda rasa konsistensi ubat batuk terlalu pekat, anda boleh campurkan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dalam segelas air suam, dan minum. Baik untuk paru-paru juga! Anda boleh dapatkan ubat ini di farmasi berdekatan atau beli terus di sini.
Tingkatkan Skil dan Belajar Benda Baru
Seterusnya, tahun baru ini anda boleh cuba untuk meningkatkan kemahiran yang anda miliki. Bukan saja anda dapat meluangkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah tetapi ini juga dapat menjadi loncatan dalam karier anda. Banyak kursus percuma yang ditawarkan kerajaan seperti kelas membuat kek, kelas menjahit, kelas marketing dan ada juga kursus membaiki laptop! Tetapi jika sukar untuk anda pergi ke kelas secara fizikal,anda juga boleh bermula dari rumah dengan menonton perkongsian di Youtube atau platform percuma seperti Coursera, Study Portals, SkillShare,Udemy dan Creativebug. Tak salah mencuba, betul tak?
Tetapkan Goals dan Kekal Konsisten
Yang terakhir tetapkan goals anda setiap bulan dan bukan hanya membuat azam tahunan saja. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda memastikan anda masih di landasan yang betul untuk mencapai sesuatu azam itu. Ingat, yang penting adalah untuk kita kekal konsisten. Sememangnya tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu perkara. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jika anda tiada idea apa contoh goals yang boleh ditetapkan,boleh rujuk di sini.
Kesimpulannya,
Moga kita semua dapat menjadi lebih baik pada tahun baru ini. Share tips ini agar ramai dapat memanfaatkan perkongsian ini.