Baru-baru ini dikhabarkan terdapat 10 pasangan pengantin telah terlibat dalam Program Perkahwinan Perdana 4.0 yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9 Disember lalu. Difahamkan 10 pasangan pengantin tersebut dinikahkan dalam satu majlis dengan hanya membayar sebanyak RM2,500 sahaja.
Hanya Bayar RM2,500 Dan Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, dikatakan dengan membayar bayaran berjumlah RM2,500, kesemua pasangan yang terlibat perlu menghadirkan diri di majlis tersebut selepas memastikan setiap dokumen yang diperlukan dihantar kepada pihak pengurusan. Bukan itu sahaja, malah majlis yang dianjurkan itu telah menyediakan kemudahan pakej seperti penyediaan khemah, makan beradab, katering, jurugambar serta doorgift buat tetamu yang hadir.
Setiap pasangan pengantin juga boleh menjemput 100 orang tetamu untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara beramai-ramai.
Asnaf Berpendapatan RM3,000 Sahaja Layak Mohon
Menurut Nazir Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi iaitu Mohd Safian Abdul Rahim, beliau memaklumkan bahawa program tersebut dilaksanakan di bawah penganjuran biro kebajikan.
“Bagi tahun ini seramai 10 pasangan diraikan yang mana mereka terdiri daripada asnaf berpendapatan RM3,000 ke bawah. Mereka hanya perlu mengisi borang dan memberikan salinan slip gaji terkini kedua-dua pihak supaya pihak penganjur dapat memastikan kelayakan yang ditetapkan”, jelasnya.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pacaragam daripada pasukan tentera beserta demonstrasi peserta silat yang menjalani latihan di masjid. Bukan takat itu, majlis tersebut turut didendangkan dengan alunan qasidah kumpulan tahfiz dan berzanji daripada bilal dan imam masjid.
5 Pasangan Bertuah Dapat Pakej Bulan Madu
Kesemua pasangan pengantin yang terlibat dalam anjuran tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi menaikkkan semangat pengantin, pihak anjuran akan memilih lima pasangan bertuah yang bakal menerima pakej bulan madu selama dua hari satu malam daripada Hotel Taneera.
Antara pasangan yang terlibat adalah:
1. Mohd Farid Suid (Tentera)
2. Muhammad Farihin Abdul Ghani (Penyelia Syarikat)
Kredit: Mstar