Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita warga emas berusia 78 tahun telah berkahwin semula selepas kematian suaminya 42 tahun yang lalu.

@natasyanajjla1

Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin 🥹🫶🏻🩷 #Anidyu

♬ Naif Karena Kamu Cuma Satu – AJR

Jodoh Tidak Kira Usia

Menerusi laporan New Straits Times, wanita warga emas yang bernama Rohani Mohd Kassim dikatakan mempunyai lapan orang anak, 44 cucu dan 15 cicit, kembali menemui cinta selepas bertemu suaminya iaitu Yusof Embi berusia 77 tahun setelah ‘dikenenkan’ oleh rakan-rakan.

Selepas mendapat persetujuan dari anak-anak serta ahli keluarga yang lain, Rohani mendedahkan bahawa dia menerima lamaran nikah pada hari pertama Ramadan tahun ini.

“Saya sudah 42 tahun berstatus janda dan anak-anak sudah mempunyai kehidupan sendiri. Kini Allah membuka hati saya untuk menerima pasangan hidup semula dan saya sangat ingin mencari seseorang yang boleh menjadi imam dan peneman,” katanya.

Perkenalan Mengambil Masa Seminggu Sahaja

Menurut Rohani lagi, suaminya telah melamarnya selepas seminggu mengenali hati budi masing-masing, disamping meluahkan rasa syukur pernikahannya itu mendapat restu daripada semua ahli keluarga dan berharap agar rumah tangga yang baru dibina ini berpanjangan sehingga ke Jannah.

Kata sumber, difahamkan majlis pernikahan pasangan itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras dan ia disambut meriah oleh keluarga serta sahabat handai.

Kredit: News Straits Times, TikTok natasyanajjla1

[fbcomments]