Hasrat seorang bapa untuk berbuka puasa di masjid bersama anaknya bertukar tragedi apabila mereka terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Dato Kayaman, Perlis, petang semalam.
Dua Beranak Maut Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan ke Masjid Untuk Berbuka Puasa
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Rahimi, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya yang mengalami kecederaan parah menghembuskan nafas terakhir di hospital.
Menurut laporan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Impak perlanggaran menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan serius.
Jenazah Allahyarham Rahimi disolatkan di rumah pusaka keluarganya di Kampung Ngulang selepas solat Zohor hari ini. Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah sekitar jam 12.00 tengah hari sebelum dikebumikan.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan.
Kredit: X mynewshub