Malaysia mengecam tindakan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam di negara ini telah menulis surat kepada Kedutaan Perancis berhubung hal berkenaan.

Rasa kecewa dan tidak puas hati

Menerusi surat itu, Dr Zulkifli turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan akhbar berkenaan, namun turut menyatakan, sebagai umat Islam, pihaknya tidak akan membalas dendam dengan cara yang sama dilakukan oleh akhbar itu kerana menganggap ia sebagai tidak hormat terhadap orang lain.

Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad ﷺ oleh Charlie Hebdo, kepada Tuan…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Monday, October 26, 2020

Merujuk kepada isu terkini kartun Charlie Hebdo mengenai karikatur Nabi Muhammad S.A.W, kami turut kesal dan kecewa mengenai insiden itu.

Kita sebagai umat Islam tidak akan membalas dendam kartun yang provokatif dengan cara yang sama.

Islam bukan agama asing di Perancis

Sukar untuk mempercayai dunia moden ini, ada antaranya masih belum mengetahui mengenai pentingnya hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Islam juga bukanlah satu agama asing di Perancis.

Perancis adalah antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. Semoga peristiwa ini memberi pengertian yang besar serta meneruskan hubungan erat antara Malaysia dan Perancis.

BACA : Guru Mati Ditetak Lepas Tunjuk Imej Kartun Nabi Muhammad

Memberi salinan buku biografi Nabi Muhammad

Apa yang menariknya, selain surat berkenaan, Dr Zulkifli turut menyerahkan salinan buku al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad) iaitu buku biografi kenabian yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggersi kepada kedutaan berkenaan.

Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang Terutama, pada bulan suci Rabiul Awal ini, ia adalah waktu yang tepat untuk mendapatkan salinan buku mengenai biografi kenabian (sirah) dan belajar mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW, tingkah laku dan watak-wataknya yang indah.

Anda hanya boleh benar-benar mencintai seseorang jika anda tahu siapa dia. Kita sebagai umat Islam tidak akan membalas dendam kartun yang provokatif dengan cara yang sama. Kami sangat berpegang pada sabda Nabi: Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang tidak menyakiti orang lain dengan lidah dan tangannya.

Sebelum ini, media antarbangsa melaporkan Charlie Hebdo mahu menerbitkan semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW, yang menjadi punca serangan daripada penembak beragama Islam terhadap akhbar berkenaan pada 2015.

Baru-baru ini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan ketika berucap dalam Program Pembukaan Minggu Maulid Nabi di Pusat Kongres dan Kebudayaan Nasional Beştepe di Ankara, dilaporkan menggesa memboikot membeli barangan Perancis susulan serangan dan kenyataan Islamophobia oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

[fbcomments]