Gajet, telefon pintar dan seumpamanya adalah perosak untuk kanak-kanak. Mengapa? Terdapat banyak keburukan daripada mendatangkan kebaikan sekiranya anda menggalakkan anak anda sentiasa bersama telefon pintar tanpa kawalan.
Ibu bapa masa kini, jika di restoran atau kedai makan, pasti kita akan nampak kanak-kanak diberi telefon oleh ibu bapa mereka untuk dijadikan ‘umpan’.
Ikatan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak akan berkurangan kerana kurang komunikasi dan perhatian. Bukan itu sahaja, kesihatan anak anda juga terjejas.
Mata anak tiba2 juling
Tidak hanya sekadar rabun, malah ianya lebih teruk lagi boleh menyebabkan mata si manja anda juling!
Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun ini. Kisahnya ini telah dikongsikan oleh ibunya sendiri sebagai pengajaran kepada ibu bapa diluar sana.
Ikuti kisah penuh di bawah.
Mesti orang tertanya2 kenapa dengan mata anak aku kan ? kenapa pakai cemin mata ? dia lahir normal kan ? yesss … aku lahirkan kakak & adik , mata normal & sihat walafiat . tak juling & tak rabun …
Mata kakak jadi juling bermula ni berpunca dari HANDPHONE 📱 aku bg dia tgk hp ikot kehendak dia . tak kire siang atau malam . 2-3 jam setiap kali tengok . bayangkan satu hari dia tgk hp 3-4 kali .
sebabnyaaa …. aku nk suro dia ddk diam sbb aku nak tidokan adik dia . nak layan adik dia yg masih kecil mase tuh . bile pegi makan kat lua . aku bg dia tgk hp sbb nak dia ddk diam .
mase tuh aku tak tau dia rabun pun . aku dapat tau kakak rabun pas jumpe doc pakar mata kat hospital ismail 18/02/2019 … itu appoiment 1st kakak . mase kakak mule2 juling aku mcm tak bole terima . sedih sangat hati aku tp aku tau nie semua silap aku . aku punca semua nie .
Sering di ejek
bile berdepan dengan orang luar . org dok perati mata kakak . ade yg mulut jahat panggil kakak HEI JULING 😢tau tak ape perasaan aku mase tuh ? aku menangis weyhhh depan org … kakak da faham ape org ckp mase tuh . dia terduduk malu . tersipu malu . aku cpt2 peluk dia . tape kakak mmy ade . mmy akan usaha ape saje utk pulihkan mata kakak supaya kembali normal mcm dulu . mase check up ritu . doc cakap kakak rabun . tinggi power rabun kakak . rabun 250 . silau 75 .
Buat pembedahan
doc suro kakak pakai spec utk tegakkan mata dia semula . andai kata pakai spec pun mata kakak tak normal semula . last choice OPERATION … allahu … terkedu mase tuh 😔 balik dr hospital . cepat2 mmy ajak ddy g kedai cermin mata walaupun mase tuh mmy ddy tade duit kak . untuk pengetahuan korang aku dgn laki aku tgh susah sekarang . tp malas nak cite banyak la . yg tau life aku mcm mane skrg . tau lah kan … nasib la aku ade gelang emas . aku patah balik uma amek gelang emas then pegi pajak . duit tuh aku buat utk beli cermin mata kakak . gelang emas tak padu pun , lepaslah buat cermin mata dia😌 aku da tak pk ape dah . tapelah . emas bole beli nnt . anak2 lagi penting .
Cegahlah anak dari main handphone
Ibu kepada kanak-kanak yang menghidap mata juling ini turut mengingatkan dan menasihati para ibu bapa agar mencegah anak-anak yang masih kecil bermain telefon pintar.
Dia juga menyarankan agar cegah anak-anak daripada melihat telefon pintar dalam gelap kerana boleh merosakkan mata.
pengajaran untuk ibu bapa kat luar sane , stoplah bagi anak2 korang ngadap hp sblm jd mcm anak aku . lagi2 tengok hp dalam keadaan gelap . nnt menyesal tak sudah mcm aku 😔korang semua doakan mata anak aku normal macam dulu yew 😊
NIK NUR SOFFEA AMANDA
3 TAHUN 2 BULAN