fbpx

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, Kuala Krai.

Terjerut tuala pada ulang tahun kelahiran

Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat oleh ahli keluarganya.

Lebih memilukan lagi kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan.

Tendang pintu sebanyak dua kali

Ibu mangsa mula berasa pelik kerana tidak ada sahutan walaupun beberapa kali dipanggil dan pada masa sama pintu bilik diketuk.

Ibu mangsa akhirnya menendang pintu sebanyak dua kali sehingga terbuka. Apabila pintu bilik dibuka, didapati anaknya berada dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat dan dia terus memanggil anak sulungnya supaya menghubungi bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra.

Meninggal dunia

Sebaik pegawai perubatan hospital tiba, pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah atau mati mengejut.

Status si bapa buat sebak

Sementara luahan Zaidi Ariffin, 42, iaitu bapa kepada Muhammad Adam Danish membuatkan ramai berasa sebak.

“Kami enam beranak sepatutnya bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Muhammad Adam Danish Zaidi yang kelapan tahun malam tadi, namun ia tidak kesampaian apabila dikejutkan dengan kematiannya.”

[fbcomments]