fbpx

Kerajaan Amerika Syarikat, menjadikan Pulau Hart Island, New York sebagai kubur besar mangsa yang meninggal akibat COVID-19. Ini dilakukan sekiranya mangsa tidak mempunyai keluarga yang tidak menuntut jenazahnya.

Pulau Hart telah menjadi tanah perkuburan awam selama 150 tahun. Di pulau itu, terdapat berjuta-juta jenazah telah dikebumikan. Sebilangan besar dari mereka adalah jenazah yang tidak dituntut oleh saudara mara selama 30 hingga 60 hari setelah ditempatkan di bilik mayat di bandar.

Foto dari rakaman Drone menunjukkan mayat-mayat pesakit Covid-19 yang dikebumikan di Hart Island.

Menurut Worldometers, sehingga 11 April, Amerika Syarikat telah mencatat seramai 503,177 kes positif Covid-19 dan 18,761 kematian dilaporkan.

[fbcomments]