Semalam, seorang pelakon popular Malaysia iaitu Intan Najuwa telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman yang mengadakan majlis pernikahan di Desaru, Johor pada jam 6.45 petang.
Sekali Lafaz Diucapkan
Majlis yang meriah diraikan di Villa One, One&Only di Desaru Johor telah menjemput beberapa kenalan artis dan pempengaruh terdekat. Berdasarkan sumber yang dilihat dari Media Hiburan, pasangan ini dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Difahamkan, angka 2 dalam mas kahwin dan wang hantaran yang diterima pengantin perempuan iaitu sebanyak RM20,000 (mas kahwin) dan RM222,000 (wang hantaran) adalah bersempena dengan tempoh dua tahun perkenalan buat pasangan ini.
Set Baju Pernikahan Bernilai RM40,000
Kedua-dua mempelai ini tampil menggayakan busana dari pereka fesyen terkenal iaitu Fizi Woo yang bernilai RM40,000 bagi set pernikahan dan Teh Firdaus bagi persandingan serta acara potong kek. Pasangan ini juga akan mengadakan majlis resepsi pada esok malam di Rimbunan Event Space, Johor Bahru yang dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat serta pihak media.
Akan Terus Berkarier Sebagai Pelakon Walaupun Sudah Bergelar Isteri
“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan meneruskan karier lakonan selain memberi fokus kepada pengajian serta bisnes Intan sekarang. Saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan seawal kerjaya Intan sehingga hari ini”, katanya ketika ditemu bual media.
Kredit: Media Hiburan
“