fbpx

Sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,  Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi di Malaysia akan menyediakan data Internet percuma sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan.

“Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.”

“Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.”

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM400 juta bagi meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.

“Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.”

[fbcomments]