Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi tadi.

Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia, Netizen Luah Rasa Terkejut

Dalam perkongsiannya, Ridzuan meluahkan rasa hiba atas kehilangan insan tersayang yang telah pergi meninggalkan dia dan anak lelaki mereka selama-lamanya.

Berita pemergian Akiko mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi pengikut mereka di media sosial yang masih sempat menyaksikan pasangan itu bersiaran langsung di TikTok sehari sebelumnya. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak percaya atas berita tersebut dan mengungkapkan rasa simpati kepada Ridzuan serta anak mereka.

Dalam pada itu, pelakon Zarina Zainuddin, yang juga anak saudara kepada Ridzuan, turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Setakat ini, punca sebenar kematian Akiko tidak didedahkan. Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan lanjut juga belum berjaya.

Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Kredit: Instagram ridzokumura

 

 

 

[fbcomments]