fbpx

Seorang lelaki mengalami kekecewan dan kekesalan terbesar apabila wanita yang dikahwininya selama 12 hari rupa-rupanya adalah seorang ‘wanita jadian’, dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.

Dulu Kerap Pakai Purdah Dan Tukar Nama

Berdasarkan sumber yang dilihat dari portal DetikJabar, difahamkan lelaki yang merupakan mangsa keadaan pernah terdetik rasa yang tidak baik mengenai pasangannya itu sejak mereka bercinta pada setahun yang lalu.

Lelaki berkenaan turut mendedahkan bahawa pasangannya itu tampak seperti wanita tulen kerana setiap kali keluar rumah, dia kerap memakai purdah dan jarang berinteraksi dengan orang lain. ‘Wanita Jadian’ itu juga dikatakan menggunakan nama palsu iaitu Adinda Kenza.

Hubungan keluarga Adinda juga dikatakan tidak begitu baik kerana ibunya sudah tiada dan bapanya telah menghilang sejak sekian lama.

Kerap Bagi Alasan Datang Bulan

Setelah hampir dua minggu bergelar sebagai suami isteri, pengantin lelaki terbabit semakin buntu kerana Adinda sering menolak ajakan untuk bersama dan memberi alasan sedang datang bulan.

Namun penipuan pengantin perempuan mula terbongkar apabila keluarga pengantin lelaki berjaya mencari keluarga Adinda dan mendapatkan keterangan daripada bapa kandungnya. Disitulah keluarga mangsa mendapati Adinda adalah seorang lelaki tulen dan bukannya wanita.

“Mereka terkejut dengan fakta bapa Adinda sebab dia tidak dinikahkan oleh walinya kerana alasan bapanya sudah menghilang.

“Tengok daripada gambar pernikahan, dia nampak macam perempuan. Suaranya juga macam perempuan. Jadi, tiada rasa curiga yang sebenarnya dia adalah lelaki,” jelas Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Naringgul, Bripka Ridwan Taupik.

Kecewa dan malu dengan situasi tersebut, rumah tangga mereka sudah berakhir dan Adinda telah ditahan. Hasil penyiasatan awal menunjukkan bahawa Adinda mengaku dia bertindak menipu mangsa untuk mendapatkan wang. Jika terbukti bersalah, dia akan dihukum penjara selama empat tahun.

Kredit: portal Detik Jabar

[fbcomments]