fbpx

Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Semasa sesi pertemuan itu, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota pengkuatkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 25 Julai dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Selva berkata anak guamnya menyatakan bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan apa yang dilihat iaitu ketika melihat rakannya ditahan dengan tangan bergari dan diarahkan untuk masuk ke dalam lori penguatkuasa Jabatan Imigresen.

Beliau tidak dapat menerima apa yang dilihatnya itu dan itu merupakan pandangan peribadi beliau namun beliau tidak berniat untuk menuduh pihak berkuasa.

[fbcomments]