Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menarik perhatian ramai apabila bertindak menyumbangkan sepenuhnya bayaran yang diterima hasil kerjasama bersama sebuah jenama minyak wangi kepada penduduk di kawasannya.

Syed Saddiq Sumbang RM100,000 Pendapatan Duta Wangian Kepada Muar

Menerusi perkongsian penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah di Instagram, beliau memaklumkan bahawa Syed Saddiq telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 selepas dilantik sebagai duta bagi produk wangian jenama Dolcea. Menariknya, menurut Bella, keseluruhan jumlah tersebut tidak digunakan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya disalurkan kepada rakyat di Muar.

Dalam hantaran tersebut, Bella turut berkongsi gambar dirinya bersama Syed Saddiq sambil mempromosikan produk tersebut. Kapsyen berbunyi “From Parliament to perfume, now we’re making scents together” menarik perhatian warganet, lebih-lebih lagi selepas dimaklumkan mengenai sumbangan ikhlas yang dibuat oleh pemimpin muda itu.

Tindakan Syed Saddiq itu menerima pujian meluas daripada pengguna media sosial yang kagum dengan keprihatinan beliau terhadap masyarakat setempat.

Ramai menyifatkan rakyat Muar bertuah mempunyai wakil rakyat yang komited menjaga kebajikan mereka dan sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

Kredit: Instagram bellaastillah

 

 

[fbcomments]