fbpx

Semalam viral mengenai Da’i Syed diatas tuduhan merogol seorang gadis. Perkara tersebut menjadi bualan hangat dan mengundang pelbagai persolan netizen.

BACA: Da’i Syed Didakwa Sering Menggatal, Merogol & Bawa Gadis Balik Rumah

Selepas tular kisahnya, pendakwah muda berusia 25 tahun ini bertindak membuat laporan polis.

Segala didikan agama & teguran sudah diberi

Namun apa yang memeranjatkan, satu perkongsian Facebook daripada bapa pendakwah tersebut sendiri telah tular apabila dia meluahkan isi hatinya terhadap kontroversi mengenai anaknya itu.

Keluarga sudah letih, dah berikan didikan agama

Menurut Seif Jamalullail, bapa kepada pendakwah tersebut, dia sudah memberikan didikan dan saranan agama sejak dari kecil lagi kepada anaknya itu.

Segala nasihat dan juga teguran turut sudah diberikan. Namun begitu, Da’i Syed didakwa sudah dua tahun tidak membalas sebarang mesej yang dihantar kepadanya.

Jadi, sebagai seorang bapa beliau hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T dan rela jika anaknya diadili sewajarnya. Menurut bapanya lagi, isu ini sudah lama heboh sehingga mereka sekeluarga juga turut letih untuk menghadapi perkara tersebut.

Kami rindukan Iqmal yang dulu

Dalam pada itu, Seif turut memberi pesanan terbuka kepada anaknya agar meninggalkan dunia selebriti dan kembali kepada jalan yang betul.

Jelas beliau lagi, jika semua perkara yang didakwa di media sosial ini adalah benar, sebagai bapa, dia sangat berharap agar anaknya itu tidak menggunakan agama sebagai topeng bagi menutup segala perbuatan yang tidak baik.

[fbcomments]