Terdahulu, perkahwinan pasangan bekas mak nyah dan pengkid ini tular di media sosial kerana kedua-dua individu telah kembali ke lumrah asal, iaitu sebagai lelaki dan wanita sebenar. Namun, baru-baru ini media telah memaklumkan bahawa setelah mereka berdua mendirikan rumah tangga, bekas mak nyah yang dikenali sebagaii Adam telah menceraikan isterinya Nurazearah Fateha menerusi kiriman mesej di Whatsapp pada 30 Julai yang lalu.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_733,h_474/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2023/08/Screenshot-260.png)
Tidak Mendedahkan Punca Perpisahan
“Saya tahu penceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai situ saja. Apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami. Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum sedia nak ceritakan hal sebenar”, jelas Adam.
![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_auto,q_lossy,ret_img,w_729,h_477/https://bawangrangers.com/wp-content/uploads/2023/08/Screenshot-262.png)
Jodoh Bertahan 2 Minggu Sahaja
Adam atau mesra dipanggil sebagai Danny memaklumkan beliau turut sedih apabila rumah tangganya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat saja namun reda dengan ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah.
“Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya. Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah. Buat masa ini saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari”, katanya lagi.
Bukan Konten Semata-Mata
“Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi konten? Bagaimanapun saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami. Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup keluarga yang diinginkan walaupun sementara”, luahnya lagi.
Difahamkan, bekas mak nyah dan pengkid ini hanya mengambil masa lima hari saja untuk berkenalan sebelum memutuskan untuk disatukan sebagai suami isteri.
Kredit: Harian Metro