Pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie mendedahkan rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun bersama anak bekas Perdana Menteri Kesembilan, Nina Sabrina tidak dapat diselamatkan lagi dan mereka memutuskan untuk berpisah secara baik.
![]()
Sudah Berpisah 4 Bulan Lalu Iaitu Sejak Ogos
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian dan Instagram Jovian Mandagie sendiri, difahamkan Jovian yang sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwinan kesepuluhnya pada 11 Disember ini memaklumkan bahawa beliau dan bekas isteri sudah berpisah sejak Ogos lalu.
“Ada perkahwinan yang istimewa dan tercipta seumur hidup tapi perkahwinan kami berkembang jadi persahabatan seumur hidup. Pada Ogos kami bersama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu yang terbaik,” katanya melalui satu hantaran di Instagramnya.
![]()
Berpisah Secara Baik
Jovian turut menambah keputusan untuk mereka berpisah adalah dibuat secara baik demi satu-satunya anak mereka iaitu Jeanelle yang kini berusia enam tahun. Katanya, walaupun perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan namun hubungan mereka tetap berkekalan sebagai sahabat.
“Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai. Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah keutamaan, kami sudah lakukan yang terbaik Alhamdulillah. Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah kami percaya Allah sebaik-baik perancang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Jeanelle Nika Mandagie.
Kredit: Instagram Jovian Mandagie, Berita Harian